Site icon TechNave BM

YTL Communications lancarkan YES Kasi Up: Pelan telekomunikasi mampu milik dan boleh jana wang

YTL Communcations hari ini telah melancarkan inisiatif YES Kasi Up iaitu sebuah pelan rangkaian yang disediakan pada harga berpatutan dan membenarkan para pengguna untuk menjana pendapatan sampingan daripada pelan tersebut. Pelan prabayar YES Kasi Up Prabayar 15 berharga RM15 sebulan untuk data 10GB, manakala pelan pascabayar YES Kasi Up Pascabayar 49 pula berharga RM49 sebulan untuk data 100GB.

Pelanggan yang membeli kontrak dua tahun untuk YES Kasi Up Pascabayar 49 akan mendapat langganan percuma selama enam bulan. Selain itu, YTL Communications juga menawarkan inisiatif menarik di mana pelanggan boleh memberi kod rujukan kepada rakan-rakan mereka untuk berdaftar dengan pelan yang sama, dan kedua-dua pihak akan menerima wang ganjaran.

Dengan program YES Kasi Up Rujuk & Jana, pelanggan yang memberi rujukan akan mendapat RM50 untuk setiap langganan baru, manakala pelanggan baru yang mendaftar menggunakan kod rujukan juga akan memperoleh RM50. Program ini bertujuan membantu rakyat Malaysia mendapatkan pendapatan sampingan pada waktu yang sukar ini.

Layari laman web YTL Communications untuk maklumat lanjut tentang pelan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version