Site icon TechNave BM

Yuran bulanan YouTube Premium di Malaysia di Malaysia naik sebanyak RM8

Google Malaysia mengumumkan bahawa harga langganan bulanan untuk perkhidmatan YouTube Premium akan dinaikkan bermula bulan November 2024.

Pada waktu ini, kebanyakan pelanggan YouTube Premium telah menerima emel yang memaklumkan mereka mengenai peningkatan harga tersebut. Jumlah kenaikan harga adalah berbeza mengikut jenis pelan, di mana pelan keluarga menyaksikan kenaikan tertinggi sebanyak RM8, manakala pelan pelajar dinaikkan sebanyak RM2 sahaja.

Berikut adalah senarai harga YouTube Premium di Malaysia selepas peningkatannya:

Senarai harga YouTube Premium
Emel yang diedarkan kepada pelanggan YouTube Premium

Ini adalah kali pertama YouTube Premium menaikkan harga untuk pelan individu dan pelan pelajar sejak ia diperkenalkan pada 2019. Untuk pelan keluarga, sebelum ini harganya pernah dinaikkan daripada RM26.90 kepada RM33.90 pada bulan Mei 2023.

Jika anda tidak tahu, YouTube Premium adalah sebuah perkhidmatan khas yang membenarkan anda tonton sebarang video YouTube tanpa perlu menonton iklan. Manfaat-manfaat lain termasuklah kebolehan untuk memuat turun video dan menontonnya walaupun tanpa internet, mendengar audio daripada video walaupun skrin ditutup, akses tanpa had kepada YouTube Music, akses kepada kandungan khas dalam YouTube dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika peningkatan harga ini mempengaruhi anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: YouTube

Exit mobile version