Site icon TechNave BM

Zeekr Center KLCC kini dibuka – MPV elektrik mewah Zeekr 009 Executive dilancar pada harga RM299,800

Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd bersama pengedar sahnya, Preeminent Auto Sdn Bhd, hari ini merasmikan Zeekr Center KLCC iaitu sebuah bilik pameran baharu yang terletak di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia menjadi pusat utama Preeminent Auto selepas Zeekr Center IOI Mall Puchong dengan ruang seluas 4,800 kaki persegi.

Bersempena pelancaran ini, Zeekr Malaysia turut mengumumkan harga rasmi Zeekr 009 Executive iaitu RM299,800 (tanpa insurans). Model ini pertama kali diperkenalkan pada Mei 2025 dengan harga pengenalan RM310,000. Ia dilengkapi pacuan hadapan motor tunggal dengan jarak WLTP sehingga 604km.

Menariknya, pembelian untuk kali ini hadir bersama:

Jom kunjungi bilik pameran Zeekr Center KLCC hari ini untuk merasai pengalaman kereta elektrik mewah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk datang dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version