ASUS Malaysia mengumumkan ketersediaan dan harga tempatan bagi Zenbook 14X OLED (UX3404) dan Zenbook 14 Flip OLED (UP3404) pada Acara Pelancaran ASUS Zenbook 2023 bertempat di Rizab Starbucks, Taman Tropicana baru-baru ini.
Zenbook 14X OLED (UX3404) adalah model paling berkuasa dalam siri Zenbook Classic bagi komputer riba nipis dan ringan premium. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Intel Gen ke-13 siri H dan RAM 32GB dengan sistem penyejukan ASUS IceCool untuk memaksimumkan
prestasi. Komputer riba kini turut menampilkan kad grafik NVIDIA GeForce RTXTM 3050.
Zenbook 14X OLED mempunyai skrin OLED HDR 2.8K 120Hz bersaiz 14.5 inci dengan nisbah 16:10 dan turut menawarkan varian skrin sentuh. Paparannya mempunyai pengesahan Pantone, pawagam-gamut gred DCI-P3, pensijilan DisplayHDRTM True Black 600, SGS dan TÜV Rheinland.
Baterinya berkapasiti 70Wh dengan sokongan USB-C Easy Charge dan memiliki ukuran hanya 16.9 mm nipis serta berat 1.5kg. Ia btersedia dalam dua warna iaitu Inkwell Grey dan Sandstone Beige. Warna Sandstone Beige menampilkan rekaan seramik yang dicipta menggunakan proses salutan Plasma Ceramization1 mesra alam.
Zenbook 14 Flip OLED pula menawarkan cipset Intel Gen ke-13, grafik bersepadu Intel Iris Xe, SSD PCIe 512GB, RAM 16GB dan 75wh yang tahan lama. Terdapat sambungan dua port Thunderbolt 4, port USB-A 3.2, HDMI 2.1 dan WiFi 6E (802.11ax).
Paparannya menggunakan skrin sentuh OLED 2.8K 14 inci dengan nisbah 16:10 yang disahkan oleh PANTONE, gamut DCI-P3 100%, TÜV untuk penjagaan mata dan sokong stilus pen ASUS Pen 2.0 MPP 2.0. Zenbook 14 Flip OLED memiliki ukuran 15.9mm nipis dan berat hanya 1.5kg serta pengsel untuk paparan 360°. Terdapat juga kamera IR untuk log masuk muka pantas.
ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) dikuasakan Intel Core i7-13700H Generasi ke-13 boleh dibeli sekarang dengan harga RM5,999 manakala varian Core i5-13500H yang berharga RM4,999 dan varian Intel Core i9-13900H/GeForce RTX 3050 yang berharga RM6,999 akan tersedia untuk pembelian bermula April ini.
Zenbook 14 Flip OLED (UP5404) pula akan tersedia di Malaysia mulai akhir Mac pada harga RM5,499 manakala Zenbook 14X OLED (UX3404) akan berharga daripada RM4,999 dan tersedia di pasaran sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi ASUS Malaysia, Facebook dan Instagram.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu model dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

