Site icon TechNave BM

Zepp lancarkan Amazfit Cheetah di Malaysia: Bertahan sehingga 14 hari dan tahan lasak pada RM999

Zepp Health Corporation (Zepp) melancarkan jam tangan pintar Amazfit Cheetah di Malaysia dengan teknologi GPS Max Track yang memberi ketepatan kedudukan. Peranti ini mempunyai GPS bulat dwi-jalur proprietari yang memberikan ketepatan sehingga 99.5%, perisian Zepp Coach yang dikuasakan AI untuk menyediakan latihan yang paling sesuai dengan pengguna serta paparan AMOLED HD 1,000 nits yang boleh dilihat dalam cahaya matahari terik.

Siri Amazfit Cheetah hadir dalam dua model, Amazfit Cheetah (Round) menampilkan bezel polimer bertetulang gentian yang tahan lama lagi ringan dan Amazfit Cheetah Pro dengan bezel aloi titanium premium untuk tahan lasak. Amazfit Cheetah (Square) pula dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Jam tangan pintar mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan biasa, mempunyai peta luar talian, 100+ muka jam, kalis air 5ATM, 150+ mod sukan dan banyak lagi aplikasi kesihatan dan kecergasan. Anda boleh dapatkannya dengan tali jam silikon cecair Speedster dan secara eksklusif di Shopee dari 5 hingga 7 Julai 2023 pada harga RM999. Kemudian, ia akan disediakan di semua peruncit sah termasuk Lazada bermula 7 Julai ini.

Bukan itu sahaja, pelanggan akan menerima sebuah Power Bank Xiaomi 10,000mAh sekiranya membuat pembelian dari 5-7 Julai 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version