Site icon TechNave BM

Ziarah dibenarkan hanya pada hari pertama perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

Terkini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa ziarah dibenarkan untuk hari pertama perayaan sahaja. Hari perayaan yang dimaksudkan adalah Aidilfitri yang bakal menjelang, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Pengumuman ini dibuat melalui sidang media harian berkenaan isu keselamatan dalam krisis penularan COVID-19 pada hari ini. Beliau menyatakan bahawa keputusan ini adalah hasil daripada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam mengenai aktiviti ziarah.

Susulan arahan tersebut, hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk ziarah pada hari pertama perayaan. “Jumlah itu juga perlu mengambil kira keluasan rumah. Sebagai contoh rumah flat yang berukuran 600 kaki persegi, sudah tentu jumlah itu dalam satu masa adalah ramai dan tidak boleh penjarakan sosial jadi mungkin boleh masuk lima individu setiap kali tetapi maksimum tetap 20 orang sehari,” tambah beliau.

Anda juga disarankan untuk memakai pelitup muka dan mengamalkan langkah lain seperti penjarakan sosial. Keputusan ini mungkin berat, tetapi lebih baik untuk kita bersederhana dalam perayaan pada musim sebegini berbanding menaikkan risiko penularan.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version