Site icon TechNave BM

Zoom tambah ciri Avatar, bolehkan pengguna memilih watak haiwan dalam kesan 3D

Zoom kini menambah Avatar arnab, musang, anjing atau jenis haiwan lain ketika anda membuat panggilan mesyuarat video. Ciri ini  disertakan dalam kemas kini Zoom 5.10 manakala pilihan Avatar baharu akan ditambah pada masa akan datang.

Zoom menyatakan ciri ini memberi keseronokan kepada mesyuarat anda atau membantu pakar pediatrik berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil. Satu kajian telah menunjukkan bahawa melihat diri anda ketika mesyuarat memberikan keletihan kerana anda perlu kelihatan rapi dan bertindak balas dengan sewajarnya. Ciri Avatar ini mencerminkan ekspresi muka anda dan jauh lebih sukar untuk diteliti daripada wajah sebenar anda.

Untuk menghidupkan Avatar, anda perlu:

Aplikasi persidangan video sudah mempunyai pelbagai penapis (filter) dan kesan seperti di platform Snapchat. Zoom mengatakan bahawa ia tidak akan menyimpan sebarang data mengenai wajah atau ciri wajah anda jika anda menggunakan Avatar. Namun, sudah pasti ciri ini tidak sesuai digunakan bagi beberapa jenis mesyuarat oleh syarikat masing-masing.

Walau bagaimanapun, panggilan video dengan ciri Avatar ini dapat membantu anda  menjadi kurang stress dan terlebih serius. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Verge 

Exit mobile version