Site icon TechNave BM

ZTE akan lancarkan ZTE A20 5G, telefon kamera bawah skrin pertama di dunia

Sebenarnya, dunia teknologi teelfon pintar sudah banyak kali digembar-gemburkan dengan kewujudan teknologi kamera dibawah skrin. Terkini, sebuah jenama telefon pintar yang mungkin tidak sepopular jenama lain di pasaran Malaysia, ZTE mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan peranti dengan ciri kamera di bawah skrin pertama di dunia.

Pengumuman ini tampil bersama siaran poster yang disiarkan oleh Ni Fei, Presiden Peranti Mudah Alih ZTE, kemudiannya dikongsi oleh pendedah maklumat popular, @UniverseIce yang merujuk peranti tersebut sebagai ZTE A20 5G. Namun, tiada sebarang spesifikasi lain yang boleh dilihat melalui siaran ini.

Melihat kepada poster, ia memaparkan dewa Cina yang bernama “Erlang Shen”. Dewa ini mempunyai mata ketiga tersembunyi pada dahinya. Mata ketiga tersembunyi ini mungkin sebagai metafora, melambangkan kamera yang tersembunyi di bawah skrin.

Terdahulu, kami pernah melaporkan mengenai beberapa syarikat yang bakal menghasilkan teknologi kamera bawah skrin termasuklah pembekal panel Visionox. Apa pun, mungkin maklumat spesifikasinya bakal muncul pada hari-hari akan datang.

Adakah anda teruja dengan kemunculan teknologi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: @UniverseIce

Gambar ihsan dari Visionox

Exit mobile version