Site icon TechNave BM

ZTE Axon 30 bakal dilengkapi RAM setinggi 20GB!

Sejak akhir-akhir ini, beberapa syarikat teknologi telah pun melancarkan ciri Memory Expansion (atau virtual RAM) yang menaikkan jumlah RAM pada telefon pintar. Kini, ZTE juga sedang menghasilkan ciri tersebut dan ianya dilihat dapat menawarkan tambahan RAM sebanyak 8GB.

ZTE dijangka akan menggunakan ciri ini pada peranti Axon 30 5G yang akan dilancar dalam masa terdekat. Ini bermakna RAM telefon pintar tersebut dapat mencapai sehingga 20GB jika ia diaktifkan (12GB RAM asal + 8GB RAM secara maya).

Jika anda tidak tahu, ciri Memory Expansion ini menggunakan storan (ROM) telefon yang tidak digunakan untuk menambahkan bilangan RAM secara maya. Sehingga kini, kita sudah lihat penambahan RAM dari 3GB sehingga 7GB. Namun, ZTE dilihat ingin membawakan teknologi ini ke tahap yang lebih tinggi.

ZTE menyatakan bahawa teknologi baru mereka menggunakan storan UFS 3.1 bersama enjin Lingxi dan berjaya untuk menambahkan RAM sehingga 8GB.

Apa pun, nantikan pelancaran Axon 30 5G dengan ciri baru ini pada 27 Julai ini.

Adakah anda gembira dengan berita ini? Kongsikan di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version