Site icon TechNave BM

ZTE Axon 30 mungkin dilancar 22 Julai ini, dilengkapi kamera bawah skrin generasi kedua

Pada minggu lalu, pengeluar skrin Visionox telah mengacah teknologi kamera bawah skrin generasi ke-2 mereka yang bakal digunakan oleh ZTE Axon 30. Kini, sumber terbaru dalam talian memberitahu bahawa telefon pintar itu akan dilancarkan pada 22 Julai ini.

Sumber terbaru ini merujuk kepada sebuah video dari Presiden ZTE, Ni Fei yang menyatakan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar serba baharu pada bulan hadapan.

Pada awal tahun ini, ZTE telah pun melancarkan dua model dari siri ZTE Axon 30 iaitu Axon 30 Pro dan Axon 30 Ultra, kedua-duanya hadir dengan kamera swafoto di skrin punch-hole dan bukannya kamera bawah skrin. Jadi, ini bermakna hanya model Axon 30 akan menyambungkan legasi kamera bawah skrin.

Teknologi skrin InV see Pro

ZTE Axon 30 bakal menggunakan skrin InV see Pro yang hadir dengan sususan piksel yang lebih baik untuk kualiti gambar swafoto yang lebih jelas dan kabus yang berkurangan.

Adakah anda meminati teknologi kamera bawah skrin ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version