Site icon TechNave BM

ZTE Axon 30 Pro 5G mungkin hadir dengan sensor kamera Samsung 200MP!

Jika anda peminat gajet, sudah tentu anda pernah mendengar mengenai ZTE Axon 20 5G, telefon komersial pertama di dunia yang hadir dengan kamera swafoto dalam skrin. Kini, generasi baru untuk peranti ini pula akan dilancarkan tidak lama lagi dan ia bukanlah peranti yang biasa-biasa.

Terbaru, ZTE Axon 30 Pro 5G dikhabarkan akan hadir dengan sensor kamera S5KGND 200MP yang belum lagi diumumkan oleh Samsung. Sensor ini dikatakan akan mempunyai saiz 1/1.37” iaitu saiz yang lebih kecil berbanding sensor 108MP yang digunakan oleh Samsung Galaxy S21 Ultra 5G.

Yang menarik, sensor ini dikatakan menyokong dua mod gabungan piksel (pixel-binning) iaitu 4-dalam-1 dan 16-dalam-1, yang dapat menghasilkan gambar 50MP dan 12.5MP. Sensor ini juga menyokong video 16K, namun tiada cipset masa kini yang mampu untuk menghasilkan kualiti video setinggi ini.

Peranti ini dikatakan akan hadir dengan sistem dan modul kamera yang luar biasa

ZTE Axon 30 Pro akan dilengkapi dengan cipset andalan Qualcomm, Snapdragon 888. Selain itu, ia juga dikhabarkan akan kekalkan kamera swofoto dalam skrin, tetapi dengan teknologi generasi kedua yang lebih baik.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version