Site icon TechNave BM

ZTE Axon 30 Ultra 5G dilancar di Malaysia: SD 888, 3 kamera, AMOLED 144Hz berharga RM3,599

ZTE Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan terbaru iaitu ZTE Axon 30 Ultra 5G yang dilengkapi pelbagai spesifikasi tercanggih seperti cipset Snapdragon 888 dan tiga kamera yang menawarkan pelbagai fungsi fotografi.

Satu ciri yang menarik pada telefon ini adalah kamera periskop yang membenarkannya untuk zum digital sehingga 60x, bersamaan dengan jarak fokal 13mm ke 123mm. Ia juga dilengkapi fungsi Super Night AI Alogrithm bagi memudahkan pengguna untuk mengambil gambar yang terang dalam suasana malap dan fungsi Super Moon untuk mengambil gambar bulan.

Daripada segi rakaman video, ZTE Axon 30 Ultra boleh merakam dalam resolusi 8K dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan membenarkan pengguna untuk tukar di antara tiga kameranya dengan mudah sewaktu rakaman. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ZTE Axon 30 Ultra 5G:

Layari laman ZTE di Shopee jika anda ingin membeli telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ZTE Axon 30 Ultra 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version