Site icon TechNave BM

ZTE bakal lancar telefon dengan generasi kedua kamera bawah skrin tidak lama lagi

Pada bulan September yang lalu, ZTE telah melancarkan telefon pertama dengan teknologi kamera bawah skrin, ZTE Axon 20. Kini, pada tahun 2021, ZTE dikhabarkan akan melancarkan generasi kedua untuk teknologi kamera bawah skrin.

Semalam, eksekutif ZTE, Ni Fei mengumumkan bahawa peranti terbaru mereka dengan teknologi generasi kedua ini tidak sabar untuk berjumpa dengan orang awam. Beliau juga mengalu-alukan syarikat lain untuk menggunakan teknologi kamera bawah skrin pada peranti mereka.

Ni Fei tidak memberitahu sebarang butiran mengenai generasi kedua kamera bawah skrin ini. Namun, ZTE sebelum ini menyatakan mereka akan melancarkan siri ZTE Axon 30 dan siri Nubia Z30 pada tahun ini. Kedua-dua siri ini akan dilengkapi dengan cipset andalan Snapdragon 888.

ZTE Axon 20 5G

Buat masa ini, selain ZTE, beberapa syarikat lain dikhabarkan akan menggunakan teknologi kamera bawah skrin pada peranti premium mereka. Antaranya adalah telefon Samsung Galaxy Note21 dan Xiaomi Mi MIX 4.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version