Site icon TechNave BM

ZTE Blade A51 dilancar di Malaysia: Skrin 6.52″, kamera 13MP + 2MP, bateri 3,200mAh berharga RM419

Jenama ZTE merupakan jenama China yang tidak begitu dikenali di Malaysia. Namun, syarikat tersebut telah kembali berhubung dan mengumumkan keluaran terbaru, ZTE Blade A51.

ZTE Malaysia mengesahkan bahawa ZTE Blade A51 kini boleh didapati di Malaysia dan sudah mula dijual di Shopee. Telefon pintar peringkat permulaan ini mempunyai CPU empat teras, RAM 2GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Cipset yang digunakan adalah Spreadtrum UniSoC SC9863A, yang merupakan cip kelas rendah untuk telefon mesra bajet.

Selain itu, ZTE Blade A51 juga memiliki bateri 3200mAh, skrin HD + 6.52 inci dan sokongan NFC. Daripada segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 13MP, sensor kedalaman 2MP serta kamera hadapan 5MP. Telefon akan beroperasi pada Android R Go, ini bermakna perkara seperti bermain permainan tidak digalakkan.

ZTE Malaysia menjual ZTE Blade A51 dengan harga mampu milik RM419 sahaja. Bagi mereka yang hanya menggunakan telefon untuk keperluan asas, telefon ini adalah sangat sesuai untuk anda.

Adakah anda berminat dengan telefon seperti ini? Beritahu kami dalam ruangan komen di Facebook dan nantikan berita teknologi terkini bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia

Exit mobile version