Site icon TechNave BM

ZTE Blade A71 dilancar di Malaysia: Skrin 6.52 inci, 3 kamera, bateri 4,000mAh berharga RM499

Pada hari ini, ZTE Malaysia telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan iaitu ZTE Blade A71 yang dijual pada harga RM499 sahaja. ZTE Malaysia turut menganjurkan promosi istimewa untuk pembeli awal di mana ia akan dijual pada harga diskaun RM459 sebelum 12 Oktober 2021 dan 100 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan akan menerima sebuah pembesar suara Bluetooth secara percuma.

ZTE Blade A71 menawarkan spesifikasi yang agak menarik untuk harganya, seperti skrin berukuran 6.52 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.5%, bateri 4,000mAh dan tiga kamera di belakang. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

ZTE Blade A71 boleh dibeli di Shopee atau Lazada dan pra-tempahan akan dibuka pada 9 hingga 12 Oktober. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon ZTE ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version