Site icon TechNave BM

ZTE Blade V40 Vita dilancar di Malaysia: Skrin 6.75″ 90Hz, bateri 6,000mAh berharga RM599

Pada hari ini, ZTE Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaharu iaitu ZTE Blade V40 Vita.

Telefon mesra bajet ini dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik termasuklah skrin besar berukuran 6.75 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula pantas 90Hz. Selain itu, ia turut mempunyai bateri berkapasiti besar 6,000mAh dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 22.5W.

Seperti kebanyakan telefon permulaan pada waktu ini, Blade V40 Vita mempunyai fungsi RAM tambahan iaitu Fusion RAM yang boleh membesarkan RAM fizikal 4GB sebanyak 2GB lagi, membuatkan jumlah RAM keseluruhan kepada 6GB.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ZTE Blade V40 Vita:

Pra-tempahan akan dibuka dalam laman Shopee ZTE Malaysia pada bulan Jun dan setiap pra-tempahan akan menerima ZTE Bluetooth Speaker secara percuma. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon ZTE ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysiauntuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version