Site icon TechNave BM

ZTE China mendedahkan Axon 10s Pro di laman web rasminya

Telefon pintar ZTE mungkin jarang kedengaran dalam institusi telefon pintar di Malaysia. Namun, ZTE masih hangat di pasaran China. Terkini, laman web rasmi ZTE China mendedahkan telefon pintar flagshipnya, ZTE Axon 10s Pro.

Axon 10s Pro ini dikuasai cipset terbaru Qualcomm, Snapdragon 865. Jadi anda boleh menjangkakan keupayaan prestasinya. Peranti ini hadir dengan RAM 12GB, storan sehingga 256GB bersama paparan AMOLED + FHD 6.47 inci. Berkenaan kamera pula, peranti ini beroperasi dengan tetapan kamera utama 48MP+20MP+8MP.

Apa yang menariknya, Axon 10s Pro dengan enjin Z-Booster AI (untuk pengoptimuman peranti) dan DTS:X Ultra (untuk prestasi pembesar suara). Perkara yang mungkin mengecewakan anda adalah cuma penggunaan Android 9 pada telefon pintar ini.

Jika anda ingin melihat peranti ini, Rakan Teknologi Utama Malaysia akan menjamu mata anda semasa membuat liputan di MWC, Barcelona. Adakah anda akan menyambarnya jika ia hadir di malaysia? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: ZTE melalui TechNave

Exit mobile version