Site icon TechNave BM

ZTE papar reka bentuk rasmi Axon 30 5G, skrin penuh dengan kamera bawah skrin

Pada tahun lalu, ZTE telah melancarkan Axon 20 5G, telefon pintar pertama dunia yang menggunakan kamera bawah skrin. Kini, syarikat China itu sedang bersiap sedia untuk melancarkan generasi kedua peranti ini, ZTE Axon 30 5G.

Hari ini, ZTE secara rasmi telah memuat naik sebuah video untuk mengacah ZTE Axon 30 5G. Berbanding dengan generasi lalu, telefon pintar ini hadir dengan beberapa penambahbaikan.

Video tersebut mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan nisbah skrin-ke-badang yang lebih tinggi. Bezel pada skrin telefon ini dilihat lebih nipis untuk memberikan pengalaman skrin penuh yang lebih baik.

Berdasarkan berita lalu, ZTE Axon 30 5G akan menggunakan teknologi kamera bawah skrin generasi yang kedua. Teknologi ini telah ditunjukkan di acara Mobile World Congress (MWC) Shanghai tidak lama yang lalu.

Teknologi generasi kedua ini dikatakan dapat mengurangkan kekaburan pada skrin telefon serta menghilangkan silau dan pembiasan pada kamera bawah skrin. Untuk spesifikasi lain, ia dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 888.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti mantap ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version