5 telefon padu yang tak masuk Malaysia secara rasmi!

Dalam video kali ini, kami telah menyenaraikan 5 telefon pintar pilihan kami yang mempunyai spesifikasi yang hebat tetapi tidak masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi.

Telefon pintar ini tidak masuk ke Malaysia secara rasmi mungkin kerana jenama telefon tersebut tidak menjual produknya di Malaysia ataupun jenamanya itu sudah pun masuk ke Malaysia tetapi membuat pilihan untuk tidak membawa masuk model telefon pintar itu.

Spesifikasi kelima-lima telefon ini adalah sangat menarik dan akan menjadi sebutan ramai sekiranya masuk ke pasaran Malaysia. Dalam video ini juga, kami menyatakan harga jangkaan untuk setiap model dan tips pembelian sekiranya pengguna ingin membeli dari pengimport telefon pintar dari luar negara.

Mari tonton video ini dan ikuti kami di YouTube untuk video teknologi terkini.