iPhone 16 Plus & 16 Pro – Berbaloi ke korang “upgrade”?

Akhirnya kami dah dapat guna dua model iPhone yang baru sahaja dilancarkan iaitu iPhone 16 Plus dan iPhone 16 Pro. Jadi lepas kami dah guna telefon ni selama beberapa hari, kami nak jelaskan kat korang apa yang bagus dan tak bagus tentang telefon ni, dan adakah ia berbaloi untuk duit korang?