Telefon gaming mantap dengan ciri istimewa! – ASUS ROG Phone 3

ASUS ROG Phone 3 telah dilancarkan pada hari ini, 22 Julai 2020 untuk pasaran global dan spesifikasi telefon ini adalah sangat menarik dan mampu mencabar pesaingnya yang lain. ASUS ROG Phone 3 adalah antara telefon yang terawal yang menggunakan cipset Snapdragon 865+ 5G.

ROG Phone 3 bukan sahaja mempunyai cipset yang terbaik untuk peranti Android buat masa ini tetapi ciri lainnya seperti kamera juga adalah antara yang terhebat berbanding telefon flagship yang lain. Adakah ROG Phone 3 ini telefon yang lengkap untuk para gamers di Malaysia?

Ketahui pandangan kami melalui video ini dan ikuti kami di YouTube TechNave BM.

Berikut adalah harga jualan rasmi untuk ROG Phone 3 ini:

ROG Phone 3 edisi Strix (SD865 / RAM 8GB / Storan 256GB / 5G) – RM 2999

ROG Phone 3 (SD865+ / RAM 12GB / Storan 512GB / 5G) – RM 3799

ROG Phone 3 (SD865+ / RAM 16GB / Storan 512GB / 5G) – RM 4499