Site icon TechNave BM

Acara pengumuman PS5: Sony tidak akan umum harga pada 4 Jun ini, hanya pengenalan ‘game’ PS5

Jika sebelum ini anda mengikuti perkembangan berita Sony PlayStation 5 (PS5), anda pasti tahu bahawa Sony mengeluarkan maklumat rasmi mengenainya secara bertahap atau berkala. Masih tidak diketahui punca pendedahan maklumat berkala, namun kini Sony umumkan bahawa sebuah acara akan dilangsungkan secara dalam talian pada 4 Jun 2020 ini, jam 8PM (waktu Malaysia), 1PM (waktu zon PDT).

Terdahulu, Sony telah mengumumkan beberapa spesifikasi PS5 seperti pemproses grafik (GPU) yang menampilkan 36 unit kiraan (compute units) dan prestasi kiraan (compute performance) sehingga 10.28 teraflop. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut disini. Sony seterusnya menunjukkan alat kawalan wayarles PS5, DualSense dengan rekaan yang menarik dengan teknologi tindak balas haptik.

Melalui PlayStation Blog, Sony memberi kenyataan bahawa mereka telah mengongsikan spesifikasi PS5 dan memperlihatkan alat kawalan DualSense, tetapi apakah makna sebuah pelancaran tanpa game? Tambah Sony, mereka akan mengongsikan pandang pertama game PS5. Jika anda masih tidak tahu, Sony bakal melancarkan Sony PS5 pada hujung tahun ini. Sebelum ini, terdapat ura-ura tentang pengumuman PS5 pada Jun ini, ternyata inilah pengumuman yang sebenarnya iaitu pengenalan game PS5. Berdasarkan hal ini, kami menjangkakan Sony tidak akan mengumumkan harga PS5 sebelum pelancarannya pada hujung tahun ini.

Adakah anda ada memasang niat untuk memiliki PS5? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation.Blog

Exit mobile version