Site icon TechNave BM

Acer lancarkan 4 Monitor baharu: Tingkatkan pengalaman bekerja dan ‘gaming’ bermula RM949

Acer Malaysia memperkenalkan empat monitor inovatif untuk meningkatkan pengalaman bekerja dan bermain game, menawarkan ketajaman visual, prestasi dan fungsi yang tiada tandingan kepada rakyat Malaysia.

Bermula dengan Nitro XV27U V3, ia menampilkan skrin IPS Agile-Splendor 27 inci dengan resolusi 2560×1440 WQHD, teknologi kristal cecair pantas dan AMD FreeSync Premium Technology untuk visual tanpa lag pada kadar segar semula 180Hz dan masa tindak balas 0.5ms.

Sementara itu, siri monitor melengkung Nitro XZ2 dengan lengkung 1500R memberikan pengalaman bermain game yang mendalam termasuk XZ322QUS 31.5 inci dengan kadar segar semula 165Hz dan masa tindak balas VRB 1ms manakala XZ342CUV3 34 inci dengan masa tindak balas 180Hz yang pantas.

Acer VT270 Touch Monitor direka untuk meningkatkan kecekapan kerja, menampilkan skrin IPS 27 inci dengan sudut pandangan 178 darjah, fungsi sentuh 10 titik dan kebolehan mesra alam dijual pada harga RM1,399.

Keempat-empat monitor ini kini boleh didapati di penjual sah Acer di seluruh negara di mana Nitro XV272UV3 berharga RM949 manakala monitor melengkung XZ322QUS dan XZ342CUV3 masing-masing berharga RM999 dan RM1,499. Monitor sentuh Acer VT270 pula berharga RM1,399.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melawat Facebook Acer Malaysia (@AcerMalaysia) atau menghubungi Acer’s Product Infoline di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau melalui emel ama.marcom@acer.com. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version