More

    Acer lancarkan 4 Monitor baharu: Tingkatkan pengalaman bekerja dan ‘gaming’ bermula RM949

    Acer Malaysia memperkenalkan empat monitor inovatif untuk meningkatkan pengalaman bekerja dan bermain game, menawarkan ketajaman visual, prestasi dan fungsi yang tiada tandingan kepada rakyat Malaysia.

    Bermula dengan Nitro XV27U V3, ia menampilkan skrin IPS Agile-Splendor 27 inci dengan resolusi 2560×1440 WQHD, teknologi kristal cecair pantas dan AMD FreeSync Premium Technology untuk visual tanpa lag pada kadar segar semula 180Hz dan masa tindak balas 0.5ms.

    Sementara itu, siri monitor melengkung Nitro XZ2 dengan lengkung 1500R memberikan pengalaman bermain game yang mendalam termasuk XZ322QUS 31.5 inci dengan kadar segar semula 165Hz dan masa tindak balas VRB 1ms manakala XZ342CUV3 34 inci dengan masa tindak balas 180Hz yang pantas.

    Acer VT270 Touch Monitor direka untuk meningkatkan kecekapan kerja, menampilkan skrin IPS 27 inci dengan sudut pandangan 178 darjah, fungsi sentuh 10 titik dan kebolehan mesra alam dijual pada harga RM1,399.

    Keempat-empat monitor ini kini boleh didapati di penjual sah Acer di seluruh negara di mana Nitro XV272UV3 berharga RM949 manakala monitor melengkung XZ322QUS dan XZ342CUV3 masing-masing berharga RM999 dan RM1,499. Monitor sentuh Acer VT270 pula berharga RM1,399.

    Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melawat Facebook Acer Malaysia (@AcerMalaysia) atau menghubungi Acer’s Product Infoline di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau melalui emel [email protected]. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured