Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026 di MITEC. Kenderaan logistik ini menggunakan nombor pendaftaran sah dan memulakan percubaan selama enam bulan di laluan MyAV sepanjang 22km di Cyberjaya merangkumi kawasan komersial, institusi pendidikan, stesen MRT dan persimpangan.
RoboVan beroperasi sepenuhnya secara autonomi tanpa pemandu atau penumpang, dengan pemantauan jarak jauh melalui Pusat Operasi Jarak Jauh (ROC) di Cyberjaya. Teknologi dibangunkan oleh Zelostech dengan ALS sebagai rakan strategik tempatan. Ujian diluluskan di bawah rangka kerja kenderaan autonomi Malaysia dengan penglibatan MoT, JPJ, APAD, Kementerian Digital dan Futurise.


Sepanjang ujian, ALS akan mengumpul data prestasi dan operasi sebagai persediaan untuk perkhidmatan logistik antara gudang, hab logistik, kilang, pelabuhan serta lapangan terbang. Sebelum ini, RoboVan menjalani ujian di kawasan persendirian bersama Pos Malaysia pada Januari 2026 dan demonstrasi di Shah Alam pada Jun 2026.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







