Site icon TechNave BM

AirAsia tawarkan diskaun sehingga 50% untuk penumpang MYAirline

Pada pagi ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman oleh syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline tentang penggantungan operasinya buat sementara waktu, bermula hari ini. Pengumuman ini pasti mengejutkan para penumpang yang sudah membeli tiket dengan MYAirline atau mereka yang ingin membeli tiket penerbangan murah.

Bagi menangani masalah ini, sebuah lagi syarikat penerbangan tambang rendah tempatan, AirAsia, mengumumkan bahawa mereka ingin membantu para penumpang yang terjejas dengan penggantungan operasi MYAirline. AirAsia akan menawarkan diskaun 50 peratus untuk tambang asas (base fare) secara eksklusif kepada semua penumpang MYAirline.

Diskaun ini boleh digunakan untuk penumpang MYAirline yang telah membeli tiket untuk destinasi dan laluan di bawah:

Selain itu, diskaun ini hanya boleh digunakan untuk penerbangan yang dijadualkan antara hari ini sehingga 30 November 2023.

Untuk mendapatkan diskaun ini, para penumpang perlu menyatakan butiran tentang tempahan MYAirline di AirAsia Sales Counters dalam mana-mana lokasi berikut:

Untuk makluman, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun untuk para penumpang MYAirline, dengan potongan harga tiket sehingga 55 peratus.

Beritahu kami di Facebook jika berita ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AirAsia

Exit mobile version