Site icon TechNave BM

Akaun media sosial anda digodam? Ini langkah yang perlu anda lakukan!

Laporan baru-baru ini mengenai penggodaman media sosial telah menimbulkan kebimbangan keselamatan siber yang besar. Menurut Laporan Statistik Media Sosial Malaysia, kira-kira 83.1% bersamaan 28.68 juta penduduk di Malaysia adalah pengguna media sosial. Di Malaysia sahaja lebih 50 juta akaun yang terjejas kerana penggodam dalam beberapa tahun lalu.

Dengan mengklik mesej peribadi yang mengelirukan, pemilik akaun akan berisiko kehilangan akaun dan tidak boleh log masuk. Ini memberikan penggodam akses tanpa kebenaran pemilik akaun. Walaupun syarikat media sosial sedang berusaha menghentikan serangan, namun gejala ini sangat sukar untuk dihentikan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko digodam:

Pakar Kaspersky telah membangunkan panduan terperinci mengenai keselamatan dan penyediaan privasi di media sosial. Juga gunakan Penyemak Privasi untuk mengkonfigurasi privasi dan keselamatan rangkaian media sosial yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version