More

    Akaun media sosial anda digodam? Ini langkah yang perlu anda lakukan!

    Laporan baru-baru ini mengenai penggodaman media sosial telah menimbulkan kebimbangan keselamatan siber yang besar. Menurut Laporan Statistik Media Sosial Malaysia, kira-kira 83.1% bersamaan 28.68 juta penduduk di Malaysia adalah pengguna media sosial. Di Malaysia sahaja lebih 50 juta akaun yang terjejas kerana penggodam dalam beberapa tahun lalu.

    Dengan mengklik mesej peribadi yang mengelirukan, pemilik akaun akan berisiko kehilangan akaun dan tidak boleh log masuk. Ini memberikan penggodam akses tanpa kebenaran pemilik akaun. Walaupun syarikat media sosial sedang berusaha menghentikan serangan, namun gejala ini sangat sukar untuk dihentikan.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko digodam:

    • Gunakan kata laluan yang kuat dan unik. Tambahan, anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan semula kata laluan yang sama pada platform media sosial yang lain. Sekiranya anda sukar untuk membuat kata laluan yang unik, pertimbangkan untuk menggunakan pengurus kata laluan untuk menghasilkan kata laluan yang unik dan kuat.
    • Pengesahan dua faktor. Walaupun ramai orang memilih untuk menggunakan SMS atau e-mel sebagai sumber pengesahan kedua, Kaspersky mengesyorkan menggunakan aplikasi pengesah.
    • Jangan klik pautan dalam mesej daripada orang yang anda tidak kenali.
    • Bercakap dengan ahli keluarga anda mengenai keselamatan asas dalam rangkaian media sosial.

    Pakar Kaspersky telah membangunkan panduan terperinci mengenai keselamatan dan penyediaan privasi di media sosial. Juga gunakan Penyemak Privasi untuk mengkonfigurasi privasi dan keselamatan rangkaian media sosial yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured