Site icon TechNave BM

Akaun parodi “BermanaTV” digantung hasil kerjasama SKMM & Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendapat kerjasama Twitter untuk menggantung akaun BermanaTV (@Bermanadotcon) iaitu sebuah akaun parodi terhadap akaun rasmi Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama). Ini adalah akaun parodi terbaru yang digantung oleh kerajaan, selepas MyJAKIM pada bulan Oktober.

SKMM menasihati rakyat untuk terus berhati-hati dan peka dengan akaun parodi yang mampu menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat. SKMM mengingatkan para netizen bahawa akaun rasmi akan mempunyai lencana pengesahan biru di sebelah nama akaun tersebut.

Walaupun akaun BermanaTV telah digantung, ini hanyalah tindaka bersifat sementara dan boleh diaktifkan semula pada masa akan datang. Sebelum ini, akaun MyJAKIM iaitu parodi kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah digantung oleh SKMM dan agensi multimedia kebangsaan itu memberi amaran kepada netizen untuk tidak menghasilkan akaun-akaun media sosial yang boleh mencetuskan kekeliruan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version