More

    Akaun media sosial parodi bakal dihukum, kata pengerusi SKMM

    Semalam, akaun media sosial Twitter ‘@MyJAKIM’ telah digantung akibat dari usaha penyamaran JAKIM dengan niat untuk memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

    Pada hari ini, pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, menyatakan bahawa agensi ataupun individu yang terkesan oleh akaun media sosial parodi boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun parodi tersebut.

    Beliau juga menyatakan ianya adalah hak individu ataupun agensi untuk mengambil tindakan undang-undang dan terdapat juga beberapa undang-undang negara yang lain boleh digunakan ke atas pesalah yang menyalahgunakan teknologi sedia ada.

    Akaun media sosial parodi seperti ‘Bermana’ yang menggunakan logo yang hampir sama seperti akaun rasmi Agensi Berita Nasional Malaysia, Bernama juga disebut oleh beliau kerana ianya boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

    Beliau juga memberitahu bahawa penyiasatan mengenai akaun media sosial parodi ini sedang dilakukan dan pihak SKMM sedang berhubung dengan laman sosial Twitter dan Facebook mengenai hal ini.

    Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured