Site icon TechNave BM

Amaran: Xiaomi melarang keras pengguna Mi A3 kemas kini ke Android 11!

Pengguna peranti Xiaomi kebanyakannya telah menerima kemas kini Android 11. Baru-baru ini, kami telah mengongsikan senarai telefon yang layak menerima kemas kini ini. Salah satu telefon yang layak, Mi A3 kini dilarang keras untuk memuat turun kemas kini Android 11.

Xiaomi telah mengongsikan amaran larangan ini melalui saluran Telegram Xiaomi Global Community. Menurut Xiaomi, pengguna Mi A3 tidak perlu memuat turun kemas kini Android 11 setakat ini. Beberapa pengguna telah melaporkan keadaan peranti yang rosak dan tidak boleh dihidupkan setelah mengemaskini ke Android 11. Xiaomi memohon agar pengguna Mi A3 menunggu sehingga masalah ini dapat diperbaiki.

Sumber: Xiaomi Global Community

Apa pun, hanya pengguna Mi A3 yang dilarang mengemaskini ke Android 11. Kami masih tidak mempunyai maklumat tentang tempoh untuk Xiaomi memperbaiki masalah ini. Namun, pastikan anda sebagai pengguna Mi A3 tidak menekan butang ‘Download’ kemas kini Android 11 sehingga makluman rasmi seterusnya.

Adakah anda pengguna Xiaomi Mi A3? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version