Site icon TechNave BM

Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A12 dengan potongan harga RM100!

Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan Samsung Galaxy A12 pada awal tahun ini yang dijual pada harga asal RM799. Jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan telah menunggu untuk sebarang diskaun, anda kini boleh mendapatkannya dengan promosi rebat sebanyak RM100.

Promosi yang berlangsung sehingga 11 April ini membolehkan anda untuk membeli Galaxy A12 dengan harga RM699 sahaja. Promosi terhad ini boleh didapati di Samsung Online Store atau pengedar Samsung Malaysia yang sah.

Galaxy A12 menampilkan spesifikasi yang bagus untuk kegunaan asas, termasuklah cipset Helio P35, skrin HD+ 6.5 inci, kamera kuad 48MP dan bateri 5,000mAh. Untuk maklumat lanjut tentang peranti ini, anda boleh baca ulasan kami di mana kami amat menggemari prestasi telefon ini.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version