Site icon TechNave BM

Anda kini boleh muat turun League of Legends: Wild Rift versi ‘open beta’ di telefon anda!

Baru-baru ini, game mudah alih League of Legends: Wild Rift (LOL: Wild Rift) telah diumumkan dan dibuka kepada pemain yang mendapat akses awal. Terkini, LOL: Wild Rift versi open beta sudah sedia untuk dimuat turun di beberapa negara Asia termasuk Malaysia!

Untuk pengetahuan anda, negara-negara Asia yang terpilih kali ini adalah negara pertama yang boleh memuat turun LOL: Wild Rift open beta. Selain Malaysia, negara lain yang menerima akses open beta untuk pengguna awam adalah Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Jepun, Filipina dan Singapura.

Untuk memuat turunnya, anda boleh ke pautan yang disediakan di bawah. Namun, kami sarankan anda untuk menyemak dahulu konfigurasi telefon pintar yang disokong oleh game ini.

Game ini dilapor mengekalkan ciri-ciri yang ada pada versi komputer, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian yang selari dengan versi mudah alih. Tempoh permainan adalah lebih kurang dari 15 ke 18 minit. Maklumat lanjut mengenainya ada di laman web rasmi LOL.

Beritahu kami jika anda sudah menikmati game ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: League of Legends: Wild Rift

Exit mobile version