More

    Anda kini boleh muat turun League of Legends: Wild Rift versi ‘open beta’ di telefon anda!

    Baru-baru ini, game mudah alih League of Legends: Wild Rift (LOL: Wild Rift) telah diumumkan dan dibuka kepada pemain yang mendapat akses awal. Terkini, LOL: Wild Rift versi open beta sudah sedia untuk dimuat turun di beberapa negara Asia termasuk Malaysia!

    Untuk pengetahuan anda, negara-negara Asia yang terpilih kali ini adalah negara pertama yang boleh memuat turun LOL: Wild Rift open beta. Selain Malaysia, negara lain yang menerima akses open beta untuk pengguna awam adalah Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Jepun, Filipina dan Singapura.

    Untuk memuat turunnya, anda boleh ke pautan yang disediakan di bawah. Namun, kami sarankan anda untuk menyemak dahulu konfigurasi telefon pintar yang disokong oleh game ini.

    • Muat turun untuk Apple App Store disini. Konfigurasi yang disokong: Pemproses 4-teras 2.34GHz ke atas, RAM 2GB RAM ke atas, resolusi 750×1334, iOS 10.0.1 ke atas, ruangan storan 1.4GB.
    • Muat turun untuk Google Play Store disini. Konfigurasi yang disokong: Pemproses 4-teras 1.5GHz ke atas, RAM 1.5GB ke atas, resolusi 1280×720, Android 4.4 ke atas, ruangan storan 1.4GB.

    Game ini dilapor mengekalkan ciri-ciri yang ada pada versi komputer, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian yang selari dengan versi mudah alih. Tempoh permainan adalah lebih kurang dari 15 ke 18 minit. Maklumat lanjut mengenainya ada di laman web rasmi LOL.

    Beritahu kami jika anda sudah menikmati game ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: League of Legends: Wild Rift

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured