Site icon TechNave BM

Anda kini boleh ‘mute’ Group atau sesiapa sahaja yang tidak disukai selama-lamanya di WhatsApp

Terkini, WhatsApp telah melancarkan secara rasmi ciri membisukan atau mute kumpulan atau individu selama-lamanya di WhatsApp. Fungsi ini sebenarnya sudah dimaklumkan dalam berita terdahulu, tetapi ia masih dalam peringkat beta atau ujian pada ketika itu.

Memandangkan WhatsApp sudah melancarkannya secara rasmi, anda kini boleh menikmati fungsi ini. Untuk membisukan kumpulan atau individu, anda boleh memilih pilihan Always dalam menu Mute. Sebelum ini, WhatsApp hanya memberi pilihan untuk bisukan kumpulan atau individu selama 8 jam atau seminggu.

Pengulas aplikasi WhatsApp terkenal member turut beri cadangan agar WhatsApp menambah lebih banyak pilihan untuk fungsi Mute. Antaranya adalah membisukan perbualan dalam tempoh masa pilihan pengguna. Contohnya, anda boleh bisukan seseorang pada waktu anda bekerja. Menurut pandangan kami, cadangan ini ialah cadangan bernas.

Jika anda tidak menemui pilihan Always dalam Mute, anda boleh cuba mengemaskini aplikasi WhatsApp anda dengan kemas kini terbaru. Sudahkah anda mencubanya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WhatsApp

Exit mobile version