More

    Anda kini boleh ‘mute’ individu atau Group di WhatsApp selama-lamanya

    Sebelum ini, anda mungkin mempunyai beberapa kenalan di telefon pintar atau nombor tertentu yang menghubungi anda melalui WhatsApp. Anda tidak suka dengan mesejnya, tetapi anda tidak boleh menyenaraihitamkan seseorang atas sebab-sebab tertentu. Kini, anda boleh membisukannya atau Mute bukan sekadar setahun, tetapi selamanya!

    Perlu diingatkan bahawa fungsi ini masih tidak hadir di aplikasi WhatsApp sekarang. Namun, ia mungkin hadir pada aplikasi WhatsApp versi 2.20.201.10. Menurut sumber, pilihan Mute juga dapat dilihat pada versi 2.20.201.9.

    Tidak terhenti disitu, WhatsApp juga memberi nafas baru kepada pengurusan storan. Anda boleh melihat berapa banyak storan yang anda sudah guna di aplikasi WhatsApp.

    Mungkin fungsi ini akan dimaklumkan oleh pihak rasmi WhatsApp rasmi dalam masa terdekat. Adakah anda gembira dengan fungsi baharu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo melalui Android Authority

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...