Anker baru-baru ini telah melancarkan satu rangkaian pengecas dan power bank berprestasi tinggi terbaharunya di Malaysia. Produk baharu ini menampilkan teknologi GaNPrime canggih dan keupayaan pengecasan ultra pantas.
Antara produk utama yang diperkenalkan ialah Anker Prime 250W Desktop Charger yang mempunyai enam port dengan keupayaan mengecas pelbagai peranti serentak dan Anker Charger 140W yang dilengkapi paparan warna untuk maklumat pengecasan masa nyata.
Turut diperkenalkan ialah Anker Power Bank 25,000mAh dengan output 165W dan kabel terbina dalam serta Anker Zolo Charger 30W yang ringan dan mempunyai sistem pengurusan suhu canggih. Produk-produk ini boleh didapati di Shopee dan Lazada mulai hari ini dan di peruncit sah bermula 15 April 2025 dengan promosi harga khas sehingga 30 Mei 2025.
Anker Prime Charger boleh didapati pada harga RM599 dengan pembeli awal menerima Anker 511 Charger (Nano3, 30W) bernilai RM59 secara percuma. Anker 140W Charger pula berharga RM299 disertakan dengan Anker USB-C ke 4-Port USB 3.0 Hub bernilai RM59.
Anker Power Bank 25,000mAh boleh didapati pada harga promosi RM399 manakala Anker Zolo Charger 30W ditawarkan pada harga hanya RM29 sepanjang tempoh promosi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

