More

    Anker lancarkan rangkaian pengecas baharu di Malaysia, harga bermula RM29

    Anker baru-baru ini telah melancarkan satu rangkaian pengecas dan power bank berprestasi tinggi terbaharunya di Malaysia. Produk baharu ini menampilkan teknologi GaNPrime canggih dan keupayaan pengecasan ultra pantas.

    Antara produk utama yang diperkenalkan ialah Anker Prime 250W Desktop Charger yang mempunyai enam port dengan keupayaan mengecas pelbagai peranti serentak dan Anker Charger 140W yang dilengkapi paparan warna untuk maklumat pengecasan masa nyata.

    Turut diperkenalkan ialah Anker Power Bank 25,000mAh dengan output 165W dan kabel terbina dalam serta Anker Zolo Charger 30W yang ringan dan mempunyai sistem pengurusan suhu canggih. Produk-produk ini boleh didapati di Shopee dan Lazada mulai hari ini dan di peruncit sah bermula 15 April 2025 dengan promosi harga khas sehingga 30 Mei 2025.

    Anker Prime Charger boleh didapati pada harga RM599 dengan pembeli awal menerima Anker 511 Charger (Nano3, 30W) bernilai RM59 secara percuma. Anker 140W Charger pula berharga RM299 disertakan dengan Anker USB-C ke 4-Port USB 3.0 Hub bernilai RM59.

    Anker Power Bank 25,000mAh boleh didapati pada harga promosi RM399 manakala Anker Zolo Charger 30W ditawarkan pada harga hanya RM29 sepanjang tempoh promosi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured