Apple telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan iPadOS 16 pada hari Isnin, 24 Oktober 2022. Kali ini, ia tidak dilancarkan bersama iOS16 buat kali pertamanya sejak mengasingkan OS telefonnya daripada OS tablet.
Kelewatan itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan fungsi berbilang tugas Pengurus Peringkat (Stage Manager) yang akan disediakan untuk iPad bagi cipset M1 dan M2. Keluaran 24 Oktober sedang dirujuk oleh Apple sebagai iPadOS 16, tetapi ia mungkin hadir sebagai iPadOS 16.1 bersama keluaran iOS 16.1.
Tidak mengejutkan, iPad baharu yang diumumkan hari ini akan dihantar dengan iPadOS 16 yang telah dipra-pasang. Kemas kini akan tersedia untuk iPad standard (generasi ke-5 dan lebih baharu), iPad mini (generasi ke-5 dan lebih baharu), iPad Air (generasi ke-3 dan lebih baharu) dan semua model iPad Pro.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

