More

    Apple bakal lancarkan iPadOS 16 dan iOS 16.1 pada 24 Oktober 2022

    Apple telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan iPadOS 16 pada hari Isnin, 24 Oktober 2022. Kali ini, ia tidak dilancarkan bersama iOS16 buat kali pertamanya sejak mengasingkan OS telefonnya daripada OS tablet.

    Kelewatan itu dilaporkan mempunyai kaitan dengan fungsi berbilang tugas Pengurus Peringkat (Stage Manager) yang akan disediakan untuk iPad bagi cipset M1 dan M2. Keluaran 24 Oktober sedang dirujuk oleh Apple sebagai iPadOS 16, tetapi ia mungkin hadir sebagai iPadOS 16.1 bersama keluaran iOS 16.1.

    Tidak mengejutkan, iPad baharu yang diumumkan hari ini akan dihantar dengan iPadOS 16 yang telah dipra-pasang. Kemas kini akan tersedia untuk iPad standard (generasi ke-5 dan lebih baharu), iPad mini (generasi ke-5 dan lebih baharu), iPad Air (generasi ke-3 dan lebih baharu) dan semua model iPad Pro.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured