Site icon TechNave BM

Apple bakal lancarkan MacBook yang dikuasai ARM, AirPods Studio pada 17 November

Baru-baru ini, Apple telah melangsungkan acara pelancaran Apple Watch Series 6, Apple Watch SE dan iPad terbaru. Ia disusuli dengan acara pelancaran siri iPhone 12. Terkini, sumber mendedahkan bahawa Apple akan melangsungkan satu lagi acara pelancaran pada 17 November 2020 ini.

Menurut sumber, Apple akan mengumumkan tarikh ini secara rasmi pada 10 November ini. Pada Jun lalu, Apple mengumumkan melalui acara WWDC bahawa ia tidak akan menggunakan pemproses Intel lagi. Apple mungkin akan lancarkan MacBook baru dengan Apple A14X atau cip Apple Silicon. Namun, terdapat juga ura-ura yang menyatakan MacBook kali ini akan dikuasai ARM.

Antara produk lain yang mungkin turut dilancar adalah fon telinga AirPods Studio, pengesan berasaskan Bluetooth AirTags dan Apple TV. Namun, kita perlu menunggu pelancaran rasmi atau berita yang lebih jelas mengenai produk apa yang bakal dilancar pada 17 November ini.

Adakah anda berminat dengan peranti-peranti Apple yang mungkin bakal hadir ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version