Pada minggu lalu, Apple telah melancarkan beberapa peranti baru yang hadir dengan cipset M1 iaitu iPad Pro baharu dan iMacs baharu. Cipset M1 ini mula diperkenalkan pada tahun lalu dengan komputer Macbook Air, Macbook Pro dan Mac mini.
Terbaru, sumber dalam talian memberitahu bahawa Apple dan syarikat semikonduktor TSMC akan mula menghasilkan generasi kedua cipset ini (mungkin hadir dengan nama M2 atau M1X) secara besar-besaran. Ia bermakna bahawa peranti Apple pertama dengan cipset M2 mungkin akan dilancarkan seawal bulan Julai ini (sebulan selepas acara WWDC 2021).
Yang menarik, cipset M2 ini dikatakan akan menggunakan proses N5P yang baru, berbeza dengan proses N5 oleh cipset M1. Mengikut TSMC, proses baru ini dapat menawarkan penambahan kelajuan sehingga 15% dengan pengurangan kuasa sebanyak 30%.
Selain itu, cipset M2 juga dijangka akan hadir dengan beberapa teras CPU dan GPU tambahan.
Komputer Apple dengan cipset M1 telah menghidupkan semula jualan komputer mereka. Mengikut sumber, Apple telah menjual sebanyak 6.69 juta komputer dari bulan Januari ke Mac, dua kali ganda lebih banyak berbanding tahun lalu.
Nantikan berita lanjut mengenai cipset baru Apple ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena

