More

    MacBook Air, MacBook Pro dan Mac mini dengan cipset M1 kini dijual di Malaysia, bermula RM2,999

    Pada bulan yang lalu, Apple telah melancarkan generasi baru MacBook Air, MacBook Pro dan Mac mini yang dilengkapi dengan cipset keluaran Apple sendiri iaitu cipset M1. Kini, sebulan kemudian ianya telah memasuki pasaran Malaysia dan anda sudah boleh mula membuat tempahan untuk komputer Apple ini.

    Harga peranti komputer Apple ini adalah dari RM4,399 untuk MacBook Air, RM5,599 untuk MacBook Pro dan RM2,999 untuk Mac mini. MacBook Air 13 inci ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna yang berbeza iaitu Space Gray (Kelabu), Gold (Emas) dan Silver (Perak) dengan pilihan storan setinggi 512GB. Penghantaran akan mengambil masa sehingga 3 ke 5 hari bekerja dan ianya adalah percuma.

    Untuk MacBook Pro 13 inci pula, ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Space Gray dan Silver dengan pilihan storan yang sama seperti MacBook Air. Penghantaran juga percuma, namun anda perlu tunggu sedikit lama antara 5 ke 7 hari bekerja dan hal ini adalah sama untuk Mac mini.

    Perlu diingat semua komputer Apple akan dilengkapi 1 tahun waranti dengan sokongan teknikal percuma sehingga 90 hari. Anda juga boleh memanjangkan waranti sehingga 3 tahun dari tarikh pembelian anda dengan AppleCare Protection Plan.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Apple Malaysia. Nantikan berita terbaru mengenai peranti Apple di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured