Apple mungkin akan membuat pelancaran pertamanya untuk tahun 2023 seawal esok, 18 Januari 2023 kerana sumber mendakwa bahawa syarikat itu akan melancarkan model baharu. Selain itu, syarikat itu dijangka mengadakan taklimat berkaitan Mac dengan media diikuti dengan pengumuman di laman web Newsroom Apple.
Sumber industri menunjuk keluaran produk Mac minggu ini dengan embargo semakan untuk akhbar sehingga 23 Januari 2023. Selain itu, penyampai maklumat yang boleh dipercayai, Jon Prosser juga mendedahkan maklumat keluaran Mac baharu ini dengan mengatakan orang ramai harus “lihat di bilik Newsroom Apple esok”.
Mark Gurman pula mendedahkan bahawa produk yang Apple akan umumkan esok adalah MacBook Pro baharu. Beliau juga mengesahkan bahawa taklimat akhbar mengenai MacBook Pro akan berlangsung pada akhir minggu ini dan sekatan semakan adalah sehingga 23 Januari sama seperti yang diberitahu oleh Jon.
Namun, seperti biasa ini sekadar khabar angin. Kita perlu memerhatikan Newsroom Apple esok untuk ketahui sama ada berita ini benar ataupun tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: 9to5mac

