More

    Apple dilaporkan bakal lancarkan MacBook Pro baharu esok

    Apple mungkin akan membuat pelancaran pertamanya untuk tahun 2023 seawal esok, 18 Januari 2023 kerana sumber mendakwa bahawa syarikat itu akan melancarkan model baharu. Selain itu, syarikat itu dijangka mengadakan taklimat berkaitan Mac dengan media diikuti dengan pengumuman di laman web Newsroom Apple.

    Sumber industri menunjuk keluaran produk Mac minggu ini dengan embargo semakan untuk akhbar sehingga 23 Januari 2023. Selain itu, penyampai maklumat yang boleh dipercayai, Jon Prosser juga mendedahkan maklumat keluaran Mac baharu ini dengan mengatakan orang ramai harus “lihat di bilik Newsroom Apple esok”.

    Mark Gurman pula mendedahkan bahawa produk yang Apple akan umumkan esok adalah MacBook Pro baharu. Beliau juga mengesahkan bahawa taklimat akhbar mengenai MacBook Pro akan berlangsung pada akhir minggu ini dan sekatan semakan adalah sehingga 23 Januari sama seperti yang diberitahu oleh Jon.

    Namun, seperti biasa ini sekadar khabar angin. Kita perlu memerhatikan Newsroom Apple esok untuk ketahui sama ada berita ini benar ataupun tidak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...