Site icon TechNave BM

Apple dilaporkan sedang merancang untuk lancarkan iPad 16″pada tahun depan

Menurut laporan dari Wayne Ma, The Information, Apple sedang membangunkan iPad 16 inci yang lebih besar yang mungkin dilancarkan pada suku keempat 2023. Ini akan menjadi model iPad terbesar mengatasi iPad Pro 12.9 inci.

iPad 16 inci mungkin akan ditujukan kepada profesional dalam bidang kreatif seperti artis grafik dan pereka yang lebih suka skrin yang lebih besar. Namun, tiada butiran tambahan diberikan mengenai peranti itu tetapi yang pasti ia mempunyai saiz skrin yang sama dengan MacBook Pro 16 inci, memberikan pengguna kanvas yang jauh lebih besar untuk digunakan.

Pada tahun lepas, Mark Gurman dari Bloomberg mendakwa bahawa Apple sedang meneroka idea iPad yang lebih besar dengan pengurangan perbezaan antara tablet dan komputer riba. Awal tahun ini, penganalis Ross Young mendakwa bahawa Apple juga sedang membangunkan iPad Pro 14 inci yang lebih besar dengan paparan LED mini. 

Ada kemungkinan Apple merancang untuk mengeluarkan kedua-dua model iPad Pro 14 inci dan 16 inci tahun depan seolah-olah mencerminkan MacBook Pro 14 inci dan 16 inci. Pada minggu lepas, Apple baru sahaja mengemas kini iPad Pro dengan cip M2, Wi-Fi 6E, ciri hover Apple Pencil, sokongan rakaman video ProRes dan beberapa peningkatan kecil lain minggu lepas.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version