Site icon TechNave BM

Apple iMac 2023 dan Macbook dengan cip M3 boleh didapati di Malaysia, bermula RM6,299

Pada Oktober lepas, Apple telahpun melancarkan cip baharunya iaitu siri cip M3 yang merupakan cip 3nm pertama untuk komputer peribadi. Nampaknya, komputer dengan cip M3 itu telah tiba secara rasmi di pasaran Malaysia. Bukan itu sahaja, MacBook yang menampilkan cip M3 juga telah tersedia di Malaysia.

Jika anda berminat, iMac baharu menampilkan 3 tetapan berbeza untuk memenuhi keperluan anda. Berdasarkan kedai dalam talian Apple Malaysia, unit standard menampilkan GPU 8 lapan teras dengan memori 8GB dan storan 256GB. Sementara itu, varian kedua menampilkan cip GPU yang dipertingkatkan sebanyak 10 teras.

Sementara itu, unit paling mewah menggunakan GPU 10 teras dengan memori 8GB dan storan 512GB. Harga untuk iMac baharu bermula daripada RM6,299. Berikut ialah konfigurasi untuk iMac baharu dan harganya di Malaysia:

Menariknya, cip M3 membolehkan anda menaik taraf memori peranti anda kepada maksimum 24GB. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa peningkatan RAM 8GB akan menelan kos RM800. Jadi, jika anda bercadang untuk menaik taraf unit standard anda daripada 8GB kepada 24GB, itu akan menelan kos RM1,600.

Adakah anda berminat dengan iMac dan Macbook baharu daripada Apple ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version