More

    Siri cip Apple M3 dilancar: Cip 3nm pertama untuk komputer peribadi, prestasi 15% lebih pantas berbanding M2

    Apple telah melancarkan siri cipset terbaru yang direka untuk komputer peribadi iaitu M3, M3 Pro dan M3 Max. Semua produk ini merupakan cipset komputer peribadi pertama yang dibina dengan nod proses 3 nanometer (nm), menjanjikan prestasi yang jauh lebih pantas berbanding siri cip M2 yang dibina dengan proses 5nm.

    Nod proses yang lebih pendek ini membenarkan lebih banyak transistor untuk dilengkapkan dalam cip M3, lantas meningkatkan lagi prestasi cip ini sambil meningkatkan kecekapan tenaga. Jika dibandingkan dengan cip M1, Apple mengatakan cip M3 mempunyai teras prestasi yang lebih pantas sebanyak 30% serta teras kecekapan yang lebih pantas sebanyak 50%.

    Prestasi Neural Engine juga meningkat sebanyak 60% daripada cip M1, menjadikan cip M3 mampu menghasilkan tugas-tugas AI dengan lebih pantas.

    Perbandingan teras prestasi M3 dengan cip sebelumnya
    Perbandingan teras kecekapan M3 dengan cip sebelumnya
    Perbandingan prestasi Neural Engine M3 dengan cip sebelumnya
    Senibina cip M3
    Senibina cip M3 Pro
    Senibina cip M3 Max

    Satu teknologi baharu yang diperkenalkan dalam cip M3 adalah Dynamic Caching yang digunakan dalam unit pemproses grafik (GPU). Fungsi ini membenarkan memori tempatan (local memory) untuk diperuntukkan secara dinamik supaya GPU hanya menggunakan jumlah memori yang diperlukan sahaja untuk setiap tugas. Ini bermaksud ia akan meningkatkan penggunaan purata GPU untuk pelbagai perisian dan game yang berat.

    Ia juga membawa fungsi tekapan sinar (ray tracing) kepada komputer riba Mac buat kali pertama. Dengan seni bina GPU yang baharu, ia membenarkan aplikasi profesional untuk digunakan dengan kelajuan lebih tinggi sebanyak 2.5 kali ganda berbanding cip M1.

    Selain itu, GPU baharu ini membenarkan komputer Mac untuk melakukan mesh shading yang meningkatkan pemprosesan geomteri bagi menghasilkan grafik yang lebih kompleks. Jika dibandingkan dengan cip M1, cip M3 mempunyai GPU yang boleh menghasilkan prestasi grafik serupa dengan penggunaan tenaga separuh sahaja.

    Penggunaan tenaga antara cip M3 dengan cip M1

    Semua cip M3 menggunakan seni bina memori bergabung (unified memory) yang ditawarkan sehingga 128GB. Ia juga mempunyai enjin media yang canggih, menyediakan hardware acceleration kepada pelbagai codec video yang popular seperti H.264, HEVC, ProRes, ProRes RAW dan AV1.

    Siri cip M3 akan diperkenalkan dalam MacBook Pro dan iMac baharu untuk tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki siri komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...