Site icon TechNave BM

Apple jelaskan hujung telinga AirPods Pro generasi kedua tidak serasi dengan AirPods Pro asal

Apple baru-baru ini telah mengemas kini dokumen sokongannya untuk barisan AirPods Pro berikutan keluaran AirPods Pro generasi kedua. Terdapat beberapa butiran menarik mengenai peranti ini dan yang paling ketara adalah hujung telinga AirPods Pro baharu tidak serasi dengan versi asal.

Halaman sokongan menyatakan bahawa AirPods Pro asal “menggunakan jaringan mesh yang lebih padat” daripada hujung telinga AirPods Pro generasi kedua. Apple menegaskan bahawa hujung fon telinga telah direka khusus untuk setiap generasi AirPods Pro bagi menyampaikan pengalaman audio yang terbaik.

Walaupun hujung telinga generasi kedua serasi secara fizikal dengan AirPods Pro yang asal, kualiti audio akan terjejas sedikit, mungkin disebabkan oleh ketumpatan mesh yang mengakibatkan perbezaan bunyi akustik.

Selain itu, AirPods Pro generasi kedua mempunyai beberapa perbezaan ketara daripada generasi pertama termasuk cip baharu, sarung yang direka bentuk semula, Active noise control (ANC) yang lebih baik, hujung telinga saiz XS dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version