Site icon TechNave BM

Apple lancarkan iOS 17.2.1 dengan pembetulan pepijat

Apple telah melancarkan iOS 17.2.1, kemas kini kecil selepas keluaran iOS 17 pada bulan September dengan ciri tambahan dan peningkatan pengalaman pada beberapa fungsi. Kali ini, kemas kini ini datang sejurus selepas iOS 17.2 yang memperkenalkan aplikasi Journal, rakaman video spatial dan banyak lagi.

Pengguna boleh memuat turun iOS 17.2.1 pada iPhone dan iPad yang layak melalui Tetapan, klik pada Umum dan pilih Kemas Kini Perisian. Selain itu, Apple turut mengeluarkan iOS 16.7.4 dan iPadOS 16.7.4 untuk peranti yang lebih lama.

Kemas kini ini memfokuskan pada pembetulan pepijat, menangani isu penting dan disyorkan untuk semua pengguna seperti yang ditulis pada tetapan. Apple sudah pun dalam fasa ujian untuk iOS 17.3 dan iPadOS 17.3 yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada bulan Januari.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version